KITAB NADIR / LANGKA

MAKLUMAN :

I) Untuk mendapatkan koleksi ini, pihak kami tidak menjualnya secara online. Pembeli yang berminat perlu melihat secara langsung kitab-kitab tersebut di kedai kitab Khazanah Fathaniyah. Hal ini memandangkan kebanyakan fizikal setiap kitab agak kurang memuaskan, seperti kulit yang agak lusuh dan berelai, terkoyak dan sebagainya. Harga tidak dipamerkan untuk koleksi, namun bagi yang berminat, boleh menghubungi pihak Khazanah Fathaniyah terlebih dahulu. 

II) Koleksi ini akan berada di kedai kitab Khazanah Fathaniyah, selagimana tiada pembelinya.

III) Setiap naskhah terkini yang akan dimuatkan dalam koleksi ini akan dikemaskini setiap hari Rabu, setiap minggu (Sekiranya ada stok).


___________________________

KEMASKINI : 4 Oktober 2017 (Rabu)

Hari ini kitab nadir yang ditambah adalah karya ulama yang tidak asing lagi di Malaysia, Syeikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi. Antara karya beliau yang terkenal hingga dicetak pelbagai versi, adalah kamus Arab-Melayu, Qamus al-Marbawi. Sebuah lagi karya Syeikh Idris al-Marbawi yang akan diperkenalkan iaitu Bahrul Mazi, atau judul lengkapnya, Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau. Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.

Gambar : Kitab Bahrul Mazi koleksi almarhum Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah ini tidak untuk dijual. Pihak kami mendapat beberapa permintaan untuk mendapatkan salinan fotokopi bagi setiap jilid kitab ini, memandangkan ianya agak sukar untuk mendapatkannya di pasaran, oleh itu kesediaan kitab ini hanya berupa salinan fotokopi dan dijilid. Kitab Bahrul Mazi telah dicetak oleh pelbagai penerbit, termasuk yang merumikannya. Adapun untuk koleksi ini, ianya adalah antara terbitan terawal iaitu diterbitkan oleh Mathba‘ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H/ 1935 M. Bahasa adalah Melayu (terdapat sedikit masukan bahasa Arab) dan bertulisan jawi sepenuhnya, mengandungi 22 Jilid kesemuanya.

P/S : Bagi yang berminat untuk mendapatkan salinan ini, maklumatnya adalah berikut :

1) Bahrul Mazi (Jilid 1- Jilid 22) : RM 590 (Kulit buku biasa)
2) Bahrul Mazi (Jilid 1- Jilid 22) : RM 880 (Kulit keras)

* Salinan dibuat apabila ada tempahan sahaja. 





- Jilid I : Tanpa menyebut tarikh. Tebal 227 halaman. Menerangkan bicara bersuci dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 126 hadis dan 591 masalah.

- Jilid II: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 454 masalah.

- Jilid III: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 240 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 161 hadis dan 558 masalah.

- Jilid IV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang; zakat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 115 hadis dan 519 masalah.

- Jilid V: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 208 halaman. Menerangkan bicara puasa dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 110 hadis dan 473 masalah.

- Jilid VI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara haji dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 108 hadis dan 458 masalah.

- Jilid VII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara umrah dan jenayah. Terdiri daripada 114 hadis dan 483 masalah.

- Jilid VIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan baki bab-bab jenayah dan membicarakan Kitabun Nikah. Terdiri daripada 99 hadis dan 330 masalah.

- Jilid IX: Tarikh selesai menulis malam Rabu, 29 Syawal 1357 H di rumah berdekatan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tebal 224 halaman. Menerangkan bab-bab talak, li’an dan jual beli. Terdiri daripada 117 hadis dan 226 masalah.

- Jilid X: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Menerangkan baki bab-bab jualan, bab-bab kadi, diat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 180 hadis dan 259 masalah.

- Jilid XI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan korban, nazar-nazar, sumpah-sumpah, perjalanan Nabi dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 151 hadis dan 486 masalah.

- Jilid XII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan perang sabil, pakaian, makanan dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 170 hadis dan 353 masalah.

- Jilid XIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan minum-minuman, kebaktian, perhubungan rahim dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 152 hadis dan 472 masalah.

- Jilid XVI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Melengkapi atas baki bab-bab perhubungan rahim, perubatan, faraid, wala’, hibah, qadar dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 395 masalah.

- Jilid XV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 248 halaman. Melengkapi bab-bab huru-hara, ta’bir mimpi dan saksi-saksi. Terdiri dari 105 hadis dan 301 masalah.

- Jilid XVI: Tarikh akhir Bab ar-Ru‘ya dan mengiringi bab-bab syahadah. Selesai malam Rabu, 21 Ramadan 1359 H/1940 M. Melengkapi atas bab-bab mimpi, saksi-saksi dan zuhud. Terdiri daripada 128 hadis dan 237 masalah.

- Jilid XVII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat kiamat; pelembut hati, wara’ dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 100 hadis dan 210 masalah.

- Jilid XVIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat syurga, neraka, iman dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 109 hadis dan 210 masalah.

- Jilid XIX: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab ilmu, minta izin dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 148 hadis dan 266 masalah.

- Jilid XX: Tarikh dicatat oleh pengarangnya, katanya: “"Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang kedua puluh ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan dan 1373 bersamaan 18 Mei 1955." Melengkapi atas baki bab-bab adab, misal-misal, bab-bab pahala Quran dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 127 hadis dan 311 masalah.

- Jilid XXI: Mulai penulisan pada hari Khamis, 26 Syaaban 1374 H/19 Mei 1955 M, dan diselesaikan pada 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M. Tebal 255 halaman. Melengkapi atas segala bab tafsir. Terdiri daripada 92 hadis dan 335 masalah.

- Jilid XXII: Dimulai 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M, dan selesai pada malam 2 Jamadilakhir 1377 H/24 Disember 1957 M. Tebal 242 halaman. Melengkapi atas tafsir setengah-setengah ayat di dalam surah al-Maidah dan lain-lainnya. Terdiri daripada 95 hadis dan 351 masalah.


___________________________


Judul : SEJARAH MELAYU (2 Jilid/ Jawi)
Penerbit:Djambatan - Gunung Agung, Djakarta
Tahun Terbitan : 1959
Halaman :
I) Jilid 1: 185
II) Jilid 2: 187

Catatan : Telah ditempah
Judul : KEMAJUAN PENGETAHUAN
Pengarang: Pelbagai Pengarang
Penerbit: Huxley, Palmer & Co. Ltd
Tahun Terbitan : 1925
Halaman : 100


Catatan : Telah ditempah

Judul : PELIHARALAH ULAMA KITA
Pengarang: al-fadhil Muhammad Fadhlullah Suhaimi
Penerbit: Utusan Melayu Press Ltd, Singapura
Tahun Terbitan : 1951
Halaman : 10

Judul : 17 FASAL NASKHAH PERSETUJUAN INDONESIA - BELANDA
Pengarang: Tiada maklumat untuk naskhah ini
Penerbit: Tiada maklumat untuk naskhah ini
Tahun Terbitan : Tiada maklumat untuk naskhah ini
Halaman : 64

Judul : TELEGRAF DARI PERUT IKAN
Penterjemah : Haji Muhammad bin Haji Muhammad Sa'id (Dato' Laksamana)
Penerbit: Al-Kamaliah Press
Tahun Terbitan : 1941
Halaman : 98

Judul : HIKAYAT ANAK MISKIN
Tahun Terbitan : Tidak dinyatakan
Halaman : 32



_________________


IKLAN :









Tiada ulasan:

Catat Ulasan